Monday, March 5, 2012

Baju oh baju..bila kau nak terima aku..

Baju jawab: Bagaimana aku nak terima, nanti aku koyak..nanti aku koyak!


Saya ada banyak baju.

Baju saya tak muat nak letak semua dalam almari sebab banyak sangat.

Baju saya cantik-cantik (Thanks to mama).

Tapi.....

Perkara paling benci dan merunsingkan setiap hari adalah sewaktu berdiri senyap depan almari sambil tengok baju-baju yang ada dan fikir baju apa nak pakai pergi kerja/keluar rumah.

Kenapa??

Sebab..

KEBANYAKAN baju-baju tu saya dah tak muat!!!

Huwaaaaaaaaaaaaaaaa..Saya dah GEMUK!

Hari tu masa pindah rumah, ada 1 kotak baju diasingkan untuk bagi adik-adik. Semuanya cantik-cantik lagi T_T

Jadi.. demi mengurangkan kerunsingan memilih baju, dan jimat dari beli baju baru, dan memuatkan diri dalam baju-baju lama....

Saya telah memulakan diet (yang sihat) seminggu lalu.

Hasilnya...

Dalam seminggu, saya turun 1kg! Alhamdulillah...

Sekarang minggu ke-2...

14kg lagi untuk dibuang!! (koh koh koh banyak gile!!!)

Doakan saya slim kembali...