Wednesday, February 29, 2012

Pindah


Alhamdulillah sudah seminggu lebih kami tinggal di rumah baru. Kami terpaksa pindah sebab rumah lama tu owner dia dah jual. Owner baru nak duduk rumah tu. Banyak kenangan manis kat rumah lama ni. Yelah, tulah rumah pertama kami tinggal lepas kahwin. Rumah Ikram yang pertama juga. Dahlah rumah bes depan park.

Rumah lama yang selalu sepah


Ruang tamu rumah lama yang dirindui


Kami pindah rumah dekat je dengan rumah lama ni. Boleh jalan kaki. Sekarang ni tiap-tiap petang pun jalan kaki pergi taman permainan depan rumah lama ni. Sedih je nampak rumah lama yang kosong tu. Mana laa owner baru ni tak masuk-masuk. Haritu yo yo je nak kami keluar cepat sebab dia tak sabar nak masuk.

Rumah baru kami ni design dia lebih kurang je dengan rumah lama. Cuma yang besnye dapur dia luas, master bedroom and toilet pun luas. Siap boleh muat swimming pool kecik ikram tu. Gambar rumah baru belum ambik lagi. Sebabnya, charger kamera entah dalam kotak yang mana satu. Rasanya semua kotak penting dah di unpacked. Tersesat dalam kotak lain agaknya. Gambar ni semua dari handphone aje.


Indoor swimming pool! cewah!


Dahlah kepenatan pindah rumah, ofis pun kena pindah haaa. Bilik ofis pindah dari bangunan lama ke bangunan baru. Bes la dapat bilik baru tapi semalam round rasa macam ngeri pun ada. Kosong je & dah ade cerite pelik orang cakap-cakap (T_T). Minta dijauhkan la dari nampak benda-benda pelik ni.

Sekarang, kena baca surah Al-Baqarah 3 kali kat rumah and ofis baru. Haih tak menyempat-nyempat lagi nak habiskan baca. Boleh tak pasang mp3 aje?

Wednesday, February 15, 2012

Masak-masak

Saya ada 11 orang adik beradik. 2 lelaki dan 9 perempuan. Biasanya kalau orang dengar ni, derang akan kata "wah bagusnye! mesti rumah sentiasa kemas & semua tolong mama dia masak".. yeah right! Kesian mama. Walaupun anak perempuannya ramai, semua tak reti masak dan mengemas. Sume bajet budak moden tak reti buat kerja.

Anak-anak mama yang pandai masak cuma yang belajar kat oversea - Hasanah (Mesir), Maimunah (Australia), Ahmad (Jordan). Mereka-mereka ini terpaksa belajar masak sebab dok negara orang. Kalau belajar kat Malaysia, jadi macam saya lahhh jawabya.

Saya 1st time masak masa masih belajar di UIA. Time tu balik JB, mama migrain, bibik takda. Then abah kata "uswah masak lah harini. Abah dah beli ayam ada dalam freezer"... pehhh... ngeri betul dengar ayat tu! Mula-mula ingatkan main-main. Rupenye serius kena masak!. saya pun ape lagi, terus call besfren kat KL - Sarah. Dulu penah tengok sarah masak ayam oyster time tido rumah dia. Jadi tanya sarah camne nak masak ayam oyster. Dialah yang mengguide saya sampai siap masak. Part siang ayam tu memang main hentam je la. Ingat-ingat lupe macammana mama siang ayam. Alhamdulillah masakan pertama menjadi! yeay.

Kali kedua masak pulak, abah suruh masak ikan kembung goreng (ikan goreng je pun!!!). Oleh kerana tak pernah siang (or sentuh) ikan mentah, saya main potong je dan buang isi-isi ikan. Tak tau bezakan perut ke ape. Last-last siap menyiang ikan dan goreng. Tapi ikan tu kurus sangat isik dah banyak kena buang T_T

Lepas tu kalau mama suruh masak, memang ayam oyster jelah memanjang. Tak penah nak try lauk lain. Tapi sekali dua je pun kena masak.

Memang fail la bab masak-masak nih. Tapi kalau buat kek ke, kuih ke, insyaAllah menjadik.

Time nak kawin, saya dah bitau zayd siap-siap yang saya ni tak reti masak. Dia kata no hal boleh try. Lepas kawin, dah kemas rumah baru, dah lengkap dapur, saya pun teringinlah nak masak untuk hasben buat kali pertama. Zayd punye excited saya nak masak, siap panggil kakak & abang ipar dia join dinner.

Oleh sebab takut lauk tak menjadi, saya decide nak masak ayam goreng kfc dengan sayur goreng (JE!!!). Tapi, nak masak sikit punya lama. Ambil masa 2 jam jugak lah. Dok menyiang ayam, potong sayur-sayur, pastu time goreng ayam tu, agak nervous sampai terlanggar kuali lalu tetumpahlah segala minyak panas kelantai dapur. Terpaksa stop masak kejap, basuh dapur, mop lantai semua, then baru sambung goreng ayam. Goreng ayam pun 7 ketul je (sorang 2 ayam, tapi saya 1 ketul je sebab ayam dada banyak isi). Walaupun huru-hara time persiapan, agak bangga jugak sebab berjaya jemput orang datang makan kat rumah. huhu

Selepas kejadian pertama, saya pun selalulah masak tapi yang memang simple-simple dan senang je la. sikit-skit spageti goreng, ayam oyster, udang sambal, sotong sambal.

Time zayd kena pergi sweden almost sebulan, time ni dah ada ikram (dah 2 tahun kawin). Saya pun konon-konon nak buat surprise masak best best feveret food zayd. Dengan gigihnya belajar resepi dendeng kambing dari makcik + resepi mak zayd. Resepi ni sangat leceh nak buat dia.. tapi demi zayd kugagahkan juga try masak. Alhamdulillah menjadi.


Dendeng kambing lauk utama time makan-makan
besday zayd + Adeena (anak suhaib)


Sejak daripada saat ini, selalulah juga try masak benda-benda lain yang tak terlalu simple dan senang. Memang baby steps btul laaa nak belajar masak nih. Dah bape tahun kawin baru nak reti.

Bila cerita kat mak zayd, dia boleh kata "kalau ummi tau la uswah tak reti masak, ummi tangguhkan korang kawin setahun lagi!" hahaha.. sebaik dah kawin baru bagitau ;p