Friday, October 21, 2011

Ujian

Malam tadi borak-borak on the phone dengan mama yang jauh di JB.. Kena cakap dengan sangat perlahan sebab ikram baru tido time tu.

Mama macam biasa tengah pening fikir preparation kahwin anak bujangnye itu. Everytime anak mama nak kahwin, memang bape bulan laa mama dok pening pikir itu ini macam-macam. Sambil kena buat juga urusan rumah dan uruskan anak-anak yang masih ramai kat rumah tu (sekarang ada 6 orang lagi kat umah sebab aya + piah tengah cuti), sambil buat urusan dakwah. Memang busy mengalahkan orang bekerja! Mama memang power la.

Pastu tetibe termasuk bab anak. One of my sisters baru saja keguguran. Mama cakap, camtulah Allah nak bagi ujian. Orang yang nak sangat anak, boleh pulak miscarriage. Orang yang konon-konon nak planning dulu la, lambat lagi la nak beranak, tiba-tiba mengandung dan tak ada masalah sampai bersalin (contohnye saya!). Dua-dua pun ujian dari Allah. Tu lah cara Allah nak uji hamba dia supaya sentiasa bersyukur.

Anyways, saya amat bersyukur dapat ujian macam tu sebab Ikram dah lahir pun. Haha. Mestila sayang anak kan.. Dan apa yang saya doa time mengandung memang banyak yang jadi. Contohnya, saya doa anak supaya sama macam abah dia. Ha bile kuar, muka memang potostet.. Pastu perangai pun boleh dikatakan sama.. Nakal haa.. hadoi.. ujian betol.. (Padahal mak mertua cakap hasben saya lagi nakal dulu time kecik. Kiranya Ikram ni senang gila nak jaga la). Maybe sebab saya dah biasa ngan baby girl sebab adik-adik ramai girl. Jadi bila dapat baby boy, agak culture shocked la. Sekali lagi mama kata tu ujian.. haha. Saya ni sorang anak pun dah banyak komplen + membebel-bebel + jadi garang. Kalau ada 11 anak macam mama macammanalah agaknye! jadi zombie la jawabnye!

-end of sembang-sembang tengahari- nak gi usrah! tata

Friday, October 14, 2011

BEST DEAL OF THE YEAR at the "Big Bad Wolf Book Sale 2011"


Best sangat warehouse booksale Big Bad Wolf Books ni!! derang claim yang warehouse ni the biggest & the cheapest in the world!

Mula-mula ingatkan tak nak pergi sebab tak tau harganya murah beno. Tapi bila kawan-kawan yang dah pergi kata memang murah gila-gila punye, mulelah gatal tangan kaki nak pegi.

So semalam ajak kawan di UTM untuk gi book sale ni. Kami pun dengan takde GPS nye main hentam je jalan. Adelah terpusing beberapa kali jugak kat UPM tu. Tapi akhirnya sampai juga kat MAEPS convention hall tu.

Parking kereta agak jauh dari hall tapi bas disediakan untuk bawa kami ke hall. Sentiasa ada bas so tak ada masalah menunggu. Bas berhenti betul-betul depan hall. Bila masuk hall je, terkejut tengok hall besar sangat! banyaaaaaaaaaakkk gila buku!

Tapi sale ni sangatlah organised! Derang letak buku according to genres. So boleh terus pergi kat bahagian yang minat. Pastu buku memang murah gila-gila! paling murah rm5! paling mahal around RM25! Ada jugak set buku-buku yang 12 buku or 4 buku.. around RM40.boleh pengsan sebab happy sangat kat situ. Memang rasa macam nak ambik semua buku!! Nasib baik la saya dah bersedia awal-awal dan bawak beg ni untuk shopping:

Memang sesuai bawak beg gini. Tak penat bawak buku + boleh isi banyak buku!


Setelah 3 jam round-round pilih buku, sebelum bayar, saya dok tepi jap, tengok balik buku buku and pilih mana yang betul-betul nak beli. Yang rasa tak penting, gi letak balik. Sebab takut over budget pulak. Saya aim nak shopping maximum rm200. Ini buku-buku yang saya pilih & bawa ke cashier untuk bayar:

Hasil Belian

Total harga buku cuma RM138 je!!!!!!!! Murah bangat!! berbaloi-baloi! hepi sangat! memang semua orang yang keluar dari hall tu muka tersengih-sengih kesukaan.

Mari tengok hasil belian saya:


Beg penuh buku


Novels, biographies & buku motivation


Untuk Ikram - semua rm5 kecuali yang gambar tiger tu rm8


Yang ni pulak gambar satu-satu novel dengan harga


RM8.00
RRP-RM59.20


RM8.00
RRP-RM39.90


RM8.00
RRP-RM60.00

RM8.00
RRP-RM67.20


RM8.00
RRP-RM46.90

Hard cover
RM8.00
RRP-RM98.70

Hard cover
RM8.00
RRP-RM89.90


Hard cover
RM8.00
RRP-RM62.90


Hard cover
RM12.00
RRP-RM79.90

RM8.00
RRP-RM39.90

Hard Cover
RM12.00
RRP-RM130.20


and lastly..... yang ni kene beli jugak sebab murah sangat!!!

:
:
:


:
:
:

RM5.00
RRP-RM42.90


TOTAL SAVINGS MORE THAN RM750!!!


WAJIB pergi lagi kalau ada sale cam ni!

Happy happy happy!

Wednesday, October 12, 2011

Kering

Semalam zayd kurang sihat. Selsema teruk + sakit tekak + tanda-tanda demam sudah muncul. Sebagai isteri mithali, kononnye nak buat surprise untuk dia. Teringat dah bape hari dia dok sebut-sebut nak makan Tomyam-Kung (Kuey-Teow Tomyam) kat Secret Recipe.

Maka on the way balik kerja, singgah kedai beli bahan-bahan masakan. Beli kuey teow, udang, sotong, sayur-sayur, daun limau nipis etc.

Masa kat kaunter nak bayar, total harga RM10.20. Bila bukak purse, tinggal RM7 je! hadoiii malu gile... terpakse bermuka tebal kata kat akak tu hutang Rm3. Akak tu pun dah buat muka tak senang. Tapi sebab dah agak biasa datang kedai dia, akak tu pun bagi lah hutang Rm3.

Lepas keluar kedai, terus call zayd mintak dia singgah kedai akak tu time dia balik keje. Bayarkan Rm3 tu. Tak jadik laa nak surprise2 ni.

Alhamdulillah menjadi jugak tom-yam kung saya. 1st time masak tomyam nih! bangga! hohoho

Pengajaran untuk diri sendiri, silelah pastikan duit sentiasa banyak dalam purse!

Monday, October 10, 2011

exercise perut

Sejak beranak haritu, perut tak surut2 pun malahan nampak macam dah mengandung balik :( Masa kenduri kahwin Maimunah (my sister), ramai makcik-makcik yang 'congratulate' tanya bila due date 'anak ke-2' (T_T)

Tiba-tiba hari sabtu lepas, mendapat kesedaran & semangat untuk buat sit-up setiap hari lepas bangun tidur demi menguruskan perut.

Patutnya kalau nak start exercise, kena buat sikit-sikit dulu. Takpun ada warming up ke apa..

Tapi oleh kerana tak sedar diri & tak sabar tengok perut ramping dan kempis, maka terus pulun sit-up sebanyak 20 KALI!

Hasilnya, perut cramp dan rasa cam internal lebam je. Nak meneran kat toilet pun susah.. huhuhuhu :(

Cite kat zayd memang kene gelak je laa kan.. Tapi tetap bersemangat nak buat tiap-tiap hari! Ahad sanggup buat 3 je! harini boleh laa 10..

Semoga kembali ramping dalam masa terdekat!

Chaiyo!!!

Friday, October 7, 2011

Bertapa

Hi! tetiba ada mood nak tulis kat blog ni lagi.. setelah bertahun tak ada post baru.. heheh.

Tajuk harini adalah 'bertapa'.

Hari ni saya dah 3 kali bertapa kat toilet tuh.

Actually bertapa tuh bahasa sopan untuk 'berak'

I'll always use this word when talking / sms-ing to zayd.

You'll see why -->

"Ayang, I nak gi berak sat"

"Ayang, I nak gi bertapa sat"

Haa, mana yang lagi sedap bunyiknye? of course la ayat yang 2nd kan! Ayat yang 1st tu dah sedap dah mula2 dia.. tapi bila ada perkataan start ngan huruf B tu, habis hancus ayat romantik..

Ayat yang ke-2 tu masih kedengaran sedap dan sesuai..

Kalau kat SMS, nak baca pun tak sakit mata ;p