Friday, April 30, 2010

More videos untuk tatapan acik munah!

Ni mase ikram baru lahir... Suhaib datang melawat malam lepas ikram lahir



Ni pulak masa baru balik rumah..ikram nampak kuning sikit



Ni masa kat rumah tok abah & tok mama ikram kat JB.. acik solehah & acik hanaa enterframe! heheh

video ikram lagi

ni time meneran jugak.. haha.. sian anak mama.. alhamdulillah dah baik dah harini!

video ikram

Semalam Ikram kene sembelit.. sian die susah btul nak berak.. asek meneran je.. sampai nangis2. ni video die tengah meneran.. hahaha


Tuesday, April 6, 2010

Assalamualaikum ya Ikram Faruqi!

Alhamdulillah,

Saya dah jadi mama!! Mama kepada seorang baby boy yang dinamakan Ikram Faruqi Bin Zayd Salahuddin! (fuuhhh! panjang btul name anak aku!). Baby Ikram selamat dilahirkan pada hari rabu, 10 Mac 2010, bersamaan 24 RabiulAwwal 1431H, pada pukul 7.50 pm di Hospital Pakar An-Nur, Bangi.

10 Mac yang lepas, saya & zayd bersiap-siap dengan beg baju saya & baby, bergerak ke Hospital An-Nur, Bangi. Minggu sebelumnya, doktor dah tetapkan date ni untuk saya bersalin. Around 10.30 pagi, masuk jumpa doktor kat klinik. Dr. Fatimah (yang juga kawan makcik Zayd) cek bukaan baru 4cm. Tapi bleeding makin heavy. Berat baby dah 3kg! Dia pun terus suruh saya register masuk ward & terus masuk labour room untuk bersalin.

12.30 tengahari baru kami masuk labour room. Labour room die kecik & comel je. Macam ward biasa. Nurse bagi lunch, and dia kata lepas solat Zohor baru nak pasang drip untuk force contraction. Lepas lunch, nurse masukkan ubat untuk buang air besar. Enema kot name die. Trus je saya bertapa & melabur kat toilet. Oh saya suke betul ubat ni sebab sangat lega membuang lepas tu! perut rasa kosong & bersih je. haha

Lepas solat zohor, around 2pm, Drip untuk force contraction (Pitocin kot name dia) pun disambungkan. Time ni boleh rilek-rilek lagi. Saya dok berborak-borak je dengan zayd sambil bergelak ketawa sambil main camera amek-amek gambar. Nurse tanya, nak amek epidural tak? orang kat bilik seblah awal-aawal dah amek epidural. Saya dengan bangganya kata 'InsyaAllah taknak'. Cey konon boleh tahan la! Makin lama, saya boleh rasa contraction & rasa macam senggugut tapi mild la mula-mula.

Around 4pm, senggugut tu menjadi sangat-sangat sakit! Saya dok pegang je tangan zayd (okay bukan pegang sebenarnya, tapi cengkam & cakar-cakar tangan die). Nurse datang cek and bukaan baru 5cm. Dia kata insyaAllah saya bersalin pukul 12 malam nanti. Time tu saya terus menangis sebab lama sangat nak kena tahan sakit kalau pukul 12 malam! Nurse kata dia nak bagi injection pethadine. Ubat ni akan buat saya mengantuk & lebih tenang jadi bukaan tu akan lagi bukak cepat.

Saya memang ngantok terus lepas tu, tapi sakit contraction tu tak berkurang pun. Makin bertambah adelah! jadi kalau contraction seminit-seminit, seminit saya tertido, seminit lagi terjaga & nangis-nangis sebab sakit. Everytime contraction, saya akan rasa macam bladder kena tekan. jadi saya rasa macam nak kencing. Dok tahan je supaya tak terkencing. Tapi contraction makin kuat & tiba-tiba saya dah rasa basah banyak. Saya mintak zayd bagitau nurse yang saya terkencing. Nurse datang cek, rupanya air ketuban yang pecah. Bukan kencing! huh lega jugak! tak la malu sangat. huhu

By the time nurse nak inject pethadine kali ke-2, saya dah takleh tahan lagi & mintak epidural. Tapi pakar bius tu tengah membius orang kat hospital sebelah la pulak! jadi saya terpaksa menahan sakit dulu.

Around 5.30pm pakar bius datang untuk masukkan epidural. Time tu saya dah sakit sangat jadi dah tak boleh duduk. Jadi saya baring mengiring ke kanan untuk masukkan epidural tu. Time dia inject epidural tu, rasa macam dia masukkan air ais dalam badan. Sejuk sangat & rasa best! haha. Lepas tu sakit contraction mula berkurang & saya boleh la tidur lama sikit. Doktor kata sakit contraction yang saya rasa tu cuma 20% je dari kesakitan sebenar lepas amek epidural.

Tapi rasa lega tu kejap je. Lepas setengah jam saya dah rasa sakit sangat-sangat. Nurse kata sebab saya lambat ambil epidural. Jadi kesan dia saya tak akan rasa sepenuhnya. Dahlah saya mengiring ke kanan, jadi ubat tu banyak ke bahagian kanan badan. kaki kanan memang rasa kebas, tapi kaki kiri tak kebas lansung. Saya pun tukar position, mengiring ke kiri pulak.

Saya masih tertidur & terjaga time contraction macam sebelum amek epidural. Tiba-tiba dengar orang kat labour room sebelah menjerit sakit. Seram betul dengar orang tu menjerit. Suara dia macam dah garau-garau sebab sakit sangat kot. Dia dok jerit 'Ya Allaaaaahhh! sakitnyaaaaa! Ya Allaahhhh!! aahhhhhhh.. urrrrghh!!'. Lepas 5 minit dia jerit-jerit camtu, tetibe dengar baby nangis & automatik makcik tu stop jerit. Saya yang dok menahan sakit ni memang rasa makin sakit sebab dengar jeritan makcik tu. huhu

Lepas orang sebelah tu bersalin, doktor datang cek bukaan, dah 9cm! Dia kata insyaAllah before 8pm dah boleh bersalin! Saya sangat lega time tu sebab memang sakit sangat dah. Doktor masukkan tiub untuk keluarkan air kencing. Banyak jugak air kencing sebab air untuk drip (pitocin) pun dah hampir habis!

Lepas azan Maghrib, saya rasa contraction yang sangat-sangat sakit. Rasa macam ada benda nak keluar and nak kena push. Everytime contraction, saya mintak zayd panggilkan nurse sebab rasa macam baby nak keluar sangat. Tapi banyak kali nurse cek dia kata belum lagi belum lagi. At last doktor datang, cek bukaan & dia kata saya dah ready nak bersalin. Dia suruh nurse gantung kaki kat tepi katil. Rupanya katil tu boleh alihkan bahagian depan dia. Lepas dah gantung kaki, bahagian depan katil dah alih, doktor pulak duduk depan saya. Dia suruh push time rasa contraction.

Alhamdulillah saya amek epidural lambat sikit, jadi kesan dia macam half-half. Saya still boleh rasa contraction, rasa kaki, rasa kena gunting, tapi dah tak sakit lansung. Cuma saya sangat sangat mengantuk masa ni. Everytime rasa contraction, nurse suruh amek nafas panjang-panjang, & push kuat-kuat. Time saya push, zayd kata dah boleh nampak kepala baby. Tapi saya tak push long enough untuk baby keluar. halfway je saya dah berhenti push & tido. Hahaha. Kepala baby pun termasuk balik ke dalam. Nurse kejut tak bagi tido, & suruh push lagi. Kejadian ni berulang-ulang selama berbelas-belas kali. Masa ni, zayd, nurses & doktor semua macam jadi cheerleader! derang dok jerit 'sikit lagi uswah, sikit lagi! dah nampak kepala baby! dah nampak dahi dah ni! push kuat-kuat lagi!'

Time mamai-mamai tu, saya dengar doktor cakap kat nurse bisik-bisik, yang dia nak guna vacuum untuk keluarkan baby sebab baby boleh lemas lama-lama kat bawah tu. Saya takut gila kena vacuum sebab dengar cerita semua orang yang vacuum, terkoyak-koyak kat bawah tu. Jadi saya tarik nafas panjang-panjang, dan push sekuat & selama yang mungkin. Saya dapat rasa kepala baby keluar, rasa badan dia lalu, tapi memang tak sakit lansung. Masa kepala dia keluar je, Dr Fatimah cakap 'Assalamualaikum!!!'. Saya rasa dia sangat sweet! Dia tunjuk baby kat zayd & then letak atas perut saya.


fresh from d oven!


Saya nampak kepala baby sangat-sangat panjang & lonjong! Macam alien je! Doktor kata sebab saya banyak kali sangat push. Kepala baby dok keluar, masuk, keluar masuk. Tapi shape tu takkan lama. Dia aakan jadi bentuk kepala normal after 1 or 2 days. (Alhamdulillah lepas sehari je kepala baby dah back to normal). Nurse masukkan tiub dalam mulut baby & sedut segalaa cecair dalam tu, then baru baby boleh nangis dengan lancarnya. Time tengok baby atas perut tu, saya tengah sangat-sangat penat & mamai. Jadi pegang2 baby sikit-sikit, then terus tertidur!

Nurse bawak baby kebilik lain untuk dibersihkan & zayd ikut sekali untuk azankan baby. Time tidur tu, boleh rasa jugak doktor dok jahit kat bawah tu.




Then nurse & zayd datang balik bawak baby yang dah bersih. Nurse suruh saya susukan baby. Masa tu baru nampak rupa sebenar baby. Sebelum tu nampak dia biru je. Baby sangat putih, dia bukak mata & mata dia sangat-sangat sepet! ikut abah die sebijik... Alhamdulillah dari mula lagi baby dah pandai menyusu. Saya yang rasa sangat kekok untuk pegang die time menyusu.


Seperti yang dah diestimate pagi tu, berat baby memang 3.0kg! Awal sebulan pun baby dah 3.0kg! kalau cukup 9 bulan tak taulah berapa beratnye lagi.. doktor kata boleh sampai 4.0kg.. huhu ngeri! Alhamdulillah keluar awal


Lepas salin baju semua, nurse bawak baby ke nursery untuk dimandikan, saya & zayd pergi ward & berehat kat sana. Lepas saya dah kurang mamai, zayd tunjuk tangan dia yang calar-calar teruk siap berdarah lagi sebab kena cakar dengan wifenya yang ganas ni. Saya memang tak sedar lansung part cakar-cakar tangan dia tu. Ingatkan dok pegang tangan dia kuat-kuat je. Haha.. Sorry ye abang..

Anyway, time saya sakit bersalin tu, Zayd sangat-sangat cool! saya tak sangka la dia akan cool camtu sekali. Dia pun tak sangka dia akan cool camtu. Sepanjang masa dia ada sebelah saya (kecuali time solat..tu pun die solat depan saya je dalam labour room tu). Dia dok pegang tangan saya & tenangkan saya. Dia baca qur'an & ingatkan saya untuk doa everytime saya sakit. Dia selalu usap2 kepala saya & cium dahi & pipi. Memang agak terharu la. huhu. Thanks a lot dear!

Lepas baby dah mandi wangi-wangi, nurse bawak baby gi bilik kami. Ni dia baby kami yang 'smart'! :









Pasal nama baby pulak, saya & zayd memang belum decide lagi nak letak nama yang mana. Ada beberapa nama yang kami berkenan & nak mintak persetujuan parents kami dulu. Tapi bila parents kami datang, derang yang suggestkan nama baby. Mama+Abah saya nak nama 'Ikram' sempena penubuhan IKRAM. 'Ikram' makna dia 'yang mulia'. Ummi+Abah zayd nak nama 'Faruqi' yang maknanya 'yang dapat membezakan baik & buruk'. Jadi kami gabungkan kedua-dua nama, jadilah:

'Ikram Faruqi Bin Zayd Salahuddin'


Baby Ikram suka senyum. Dari 1st day lagi dia dah senyum. Pakcik zayd kata tu sebenarnya 'muscle twitch'. Tapi saya anggap senyum aje. Hehe. Sampai ke hari ni Ikram rajin senyum!

Okeh, setakat ini sajalah kisah bersalin saya. Lainkali bersalin memang nak amek epidural awal-awal. ;p