Monday, March 8, 2010

5 hari @ hospital

Dari dulu saya teringin duduk hospital, jadi patient, tapi taknak la sakit kronik-kronik tu semua. Cuma nak merasa jadi pesakit kat hospital & orang datang melawat bawak hadiah. haha. Impian saya ini telah dimakbulkan Allah last week. Tetapi ternyata takbes pun duduk hospital!! haha.

Ahad lepas, 28 Feb 2010, waktu malam, saya dok sakit-sakit perut rasa macam nak period je. Time tido asek terjaga sebab perut tak sedap.

Isnin, 1 Mac 2010, saya tak gi ofis sebab perut sgt tak selesa, macam senggugut tapi very mild la. Mintak zayd tanyakan makcik doktornye, Mak Jee (dia yang dok checkup saya sepanjang mengandung ni). Mak Jee terus suruh datang klinik & bawak beg baju terus sebab maybe kena warded katenye. Sebab tu tanda labour. Zayd pun terus kuar ofis & kami pegi klinik mak jee. Dia cek perut memang sangat tegang & ada contraction about 5min sekali. Terus die suruh gi hospital an-nur. (Kami memang plan nak bersalin sini sebab kawan mak jee, Dr Fatimah keje sini). Dr Fatimah cek dah open 2cm! contraction pun ada. Tapi baby baru 35weeks+. Doc kata nak bagi injection untuk kuatkan lung baby. Injection tu 2 kali, selang 12 jam. Jadi terusla saya kene duduk wad. Oh by the way, baby dah beso! estimated weight 2.8kg!

Haha sangat jakun sebab dapat jadi patient kat ward. Masa ni excited & risau jugak sebab ingatkan dah nak bersalin. Kami pilih single room, so that zayd boleh duduk sekali dengan saya & teman tidur kat sana. Bilik kat hospital tu bolehla tahan macam hotel jugak. Cuma takde astro & internet! Petang tu saya kene 1st injection (SANGAT SAKIT sebab cecair dia yang high density).

Selasa, 2 Mac 2010. Pagi-pagi dapat lagi 1 injection. Ubat tahan contraction pun dah makan. Then Dr kata dah boleh discharge keluar. Saya pun mandi la siap-siap nak keluar. Sekali time tengah mandi tu baru perasan dah start bleeding. Darah sangat banyak pulak tu. Dr cek balik, dia kata tu tanda labour, jadi dia suruh stop ubat contraction & tak bagi balik dah.

Rabu, 4 Mac 2010. Opening dah jadi 3cm, bleeding pun berterusan, tapi contraction takde sangat. Jadi saya & zayd pun kuar jalan-jalan gi pkns bangi & kedai baby kat bangi tu. Kononnye nak cepat bersalin jadi kene banyak jalan-jalan. Kat hospital pun saya dok jalan (sikit je sebab hospital kecik je).

Khamis, 5 Mac 2010. Opening baru jadi 4cm. Cek contraction dah dekat-dekat, dalam 10min, ada 4-5 kali contraction. Tapi saya tak rase sakit pun. Cuma rasa perut kene tiup cam belon, kembang kempis kembang kempis. nurse dah siap-siapkan saya untuk gi labour room. Sampai labour room, saya dok baring je kat katil tu sambil borak-borak ngan zayd. Pastu dua-dua pun tertidur sebab labour room tu senyap je & boring. Pastu mak bidan tengok saya tak sakit-sakit pun, terus kene hantar balik naik atas.

Time ni saya dah sangat bosan & tensen dok hospital. Sebab macam dalam penjara je. Internet takde, tv takde astro, makanan pun dah boring. Pastu duduk hospital cam takde hasil je sebab tak beranak-beranak jugak. Orang lain dok nangis-nangis sebab sakit nak bersalin, saya ni dok nangis sebab tensen takde rase nak bersalin lansung walaupun semua tanda dah ada. Dr tak bagi keluar jalan-jalan dah tapi adela sorang nurse ni terbagi permission untuk kitorang keluar. Jadi sekali lagi kitorang keluar gi Warta plak. (huhu dahle bangi boring takde tempat untuk jalan-jalan sangat).

Balik hospital, saya jalan-jalan keliling wad pulak. Memang banyak gila jalan sebab nak bersalin je cepat-cepat. Dah boring dok hospital lama sangat. Tapi malangnye, contraction makin berkurang la pulak.

Jumaat, 5 mac 2010. Dr cek opening still 4cm. Dia pun dah kesian tengok kitorang restless duduk hospital lama sangat. So dia bagi balik rehat kat rumah tapi tak bagi pegi jalan-jalan mana-mana. Dia kata hospital ambil risk sebab bagi saya discharge. Dia kata taknak induce awal-awal sangat sebab lebih baik baby matang dalam perut dulu. Mengikut kiraan Dr, 10 Mac ni cukup 37weeks jadi dah full term & time tu dia lagi confident untuk baby keluar.

Maka kami pun pulang kerumah dengan hati yang lega & gembira. Sekarang ni tunggu pecah ketuban OR rasa sakit nak bersalin OR 10 Mac 2010. Ketiga-tiga condition ni lah yang akan bjuat saya bersalin. haha

Thanks kepada semua yang excited & tak bosan-bosan tanya update dah bersalin ke belum masa kat hospital hari tu. Thankd kepada yang mendoakan agar mudah bersalin. Nanti time saya betul2 nak bersalin, bolehlah doakan lagi ye. hehe

p/s: Sekarang tengah brainstorming nama anak! apa nama baby BOY yang sedap-sedap ye???