Thursday, December 31, 2009

Tata 2009!

Sikit jam lagi nak habis tahun 2009 ni. Mari kita imbas kembali ape yang berlaku dalam hidup saya tahun ini:
  • Start my masters programme kat UTM KL (January)
  • Dapat kete baru! my very own car (April)
  • My 'kembar' atau big bro, Suhaib kawin! (Early May)
  • Kawin ngan my beloved Mr Zayd (End of May)
  • Pindah masuk rumah baru kami di Subang Jaya (June)
  • 1st time menjejakkan kaki ke Pulau Pinang (my in-law's) - jakun gile naik penang bridge haha
  • Ber-honeymoon kat Redang
  • Got pregnant! oh btw, it's a boy!!! InsyaAllah
  • 1st time raya ngan family mertua - tapi raya kat putrajaya je sebab kakak ipar bersalin
  • Done with my masters proposal
Okeh completo! let's welcome 2010 and hope for another happy and happening year! heheh

Wednesday, December 30, 2009

Mari memasak bersama chef wah

Menu untuk kelas kita hari ini adalah puding caramel dan sauteed mushroom. Oleh kerana saya bukannye pro.. dan bukannye chef pun, maka saya buat yang segera-segera saja. hihi.

1. Caramel pudding.


Bahan-bahan:
  • 1 kotak white wings classic creme caramel
  • 1 kotak susu segar (1 liter)
  • suku cawan air panas
Cara memasak:
  • didihkan susu atas api kecik
  • masukkan serbuk custard - kacau sampai mendidih & tutup api
  • dalam bekas lain, campurkan serbuk gula caramel dengan air panas
  • Masukkan gula caramel cair dalam mangkuk kecik-kecik
  • Masukkan custard (curah atas caramel)
  • Sejukkan dalam fridge


2. Sauteed Mushroom

Bahan-bahan:
  • White Button Mushroom
  • Marjerin Daisy
Cara memasak:
  • Potong button mushroom nipis-nipis
  • Masukkan 1 senduk marjerin dalam periuk, hidupkan api kecik je
  • Masukkan button mushroom and gaul sampai marjerin & mushroom dah sebati
  • SIAP! boleh makan terus dengan nasi/spaghetti


Sekian saja kelas memasak kita hari ini. Selamat mencuba!

Wednesday, December 2, 2009

Raye haji 2009

Terlambat pulak nak post pasal raya haji. Agak busy sejak kebelakangan ni. Ni pun curik2 masa sambil-sambil buat kerja. Alhamdulillah raya haji tahun ni best walaupun sangat penat sebab kat rumah dah takde bibik (bibik lari). Sian mama penat masakkan makanan yang sedap-sedap untuk anak-anaknye ni.

Saya+Zayd & Suhaib+Uwa balik JB sama-sama kali ni. Jimat sikit duit minyak+tol. Pagi raya, kami semua solat raya di masjid besar BBU. Then balik rumah, makan lauk semalamnya sebab mama tak siap masak lagi makanan raya.. hehehe

Menu raya kali ni - sate goreng, lodeh, kuah kacang & nasi impit (ni semua mama buat), Lasagna (ni Uswah buat), & karipap sedap (mama beli dari kawan dia). Bila gi umah Makcik Seha, kami dihidangkan dengan bihun soto & laksa johor. Makcik Padi (cousin abah) belakang rumah pulak bagi nasi beriani & trifle!

Meh tengok gambo raye:

Makan lepas balik dari masjid


Makan di rumah mak seha


Lasagna sodap!


Semua yang ada..
Diri kat belakang: Zayd, Uswah, Hayat, Safiah, Ahmad, Solehah, Aliya, Suhaib, Uwa, Nuha
Duduk: Mama, Hanaa, Abah

Zayd & Me yang masih slim walaupun dah 5 bulan pregnant



**Extra note yang takde kena-mengena: Best dah jumpa tempat scan 3-D yang murah!!! dekat je dengan rumah & RM60 saje! hihihi.. akan pergi lagi 2 minggu!