Wednesday, December 31, 2008

My 2008

January - Officially Graduated from IIUM
March - Completed my driving course & obtained 'Lesen P'
July - Started working as a part time Lecturer at UTM KL
August - Convocation Ceremony at IIUM
September - Accepted full-time job as tutor at UTM KL
October - Got Enggaged to Zayd
December - Enrolled for a Masters programme at UTM

My Best Friend's wedding

Saya drive dari JB to Melaka pada petang jumaat, 26hb Disember ditemani oleh Solehah, adik ke-8. Setelah tersesat barat kat Simpang Ampat, Melaka, akhirnya kami sampai juga ke Bandar Alor Gajah & seterusnya menuju ke rumah Shema.

Sampai-sampai je rumah Shema, nampak 3 banner beso cam kat bawah ni:



26th December 2008
Majlis Pernikahan Zahratul Shima & Mohd Sofian
Melaka

After Solat Jumaat, around 3pm, kami semua bergerak ke masjid belakang rumah Shema. Family & sanak sedara Shema berarak berjalan kaki je. Saya pulak jadi driver pengantin

Cik Shema sebelum bergelar Puan Shema

Cik Shema on the way menjadi isteri orang
(dalam kete pengantin (kete mama haha))


Adik cik Shema, Cik Shema yang tengah berdebar2 & gue


Pyan menyarungkan cincin ke jari Puan Shema setelah selamat dinikahkan ngan 2 lafaz (tok kadi tu ngade suro ulang balik)

Haruslah bergambar bersama pengantin kan


Pyan & Shema bersama hantaran
merah-putih dari pyan, kuning-coklat dari shema


Malam
Upacara berarak depan bunga api & bersanding

Mule-mule bergambar dengan gown dulu


Posing manja shema.. hahahah

Pastu pakai songket pulak, berarak dengan sedara mara


Lepas 2,3 langkah, akan ada bunga api traditional melaka yang dibuat dari buluh. Lawo gile bunge api ni! tinggi max dia macam rumah 2 tingkat!

Haaa, ni dia masa ketinggian max. Banyak gak bunga api yang dipasang..
lebih kurang 10


Pastu derang bersanding & tepung tawar pun bermula.. Saya pun dapat menepung tawar pengantin! hihi

Lepas majlis malam tu, gigih jugak pakai inai walaupun tengah ngantok gile + penat

Inilah hasilnya! tengok jari-jari yang merah tu! hihi. pakai inai tu 30minit je!
Ni attire saya masa hari majlis kenduri. Ni baju tunang, cuma tudung je lain

Saya & Solehah bertolak pulang sebelum pengantin bersiap lagi. Lepas makan terus balik utk kejar wedding kat JB plak

Ni hadiah dari pengantin! cuma untuk vip & kawan2 pengantin je


Sempat pulek singgah bli aiskrim baskin robbins yang sodap gile kat ayer keroh!

Okeh, sekian saja report saya untuk wedding Shema+Pyan. Ni wedding paling meriah penah attend! sebab ada bunga api sume! Makanan adalah super sedap!

Thanks to ShemaPyan & Family!

Selamat Pengantin Baru moga bahagia ke anak cucu!



**Alak, more pics kang kite bawak balik kl

Tuesday, December 23, 2008

Hatiku berbunga-bunga riang

Hatiku lega dah submit keje + dah lepas presentation!

Sebagai balasan, telah mengajak mama gi Jusco Bukit Indah yang baru bukak.



Jusco baru ni adalah cantik + kembar Jusco Tebrau city. Tapi Jusco baru ni lagi best!
Tadi tak sempat round sume tempat lagi. Mama kene cepat gi meeting. Jadi tadi busy carik hadiah pengantin (Zaid Omar + Manihah & Shema + Pyan).

Setakat yang saya round tadi, berikut adalah sebab saya suke jusco baru:
  1. Ada Big Apple Donuts! - dah berjaya buat sume org suke donut duren-duren (donut yang ade filling durian yang sedap gile + fresh)
  2. Ada DailyFresh - kedai ni jual waffles, corn & icecream. Yang best, icecream die. Macam abc tapi much much much better!! Gi try! namanye ICEKIMO
  3. Ada Auntie Anne's pretzels - Pretzels die komfem la sedap tapi yang besnye ade air lemonade die yang sangat best ituuu!!
  4. Shopping trolley dia ringan!
  5. Banyak Escalator
  6. Banyak parking lots
  7. Dekat je ngan rumah
Apa yang saya tak suke:
  1. Takde MPH atau kedai buku yang bes.. yang ada cume kedai buku cine
  2. DailyFresh dia takde jual aiskrim MIXFRUIT yang super sedap!
  3. Ada 2 jalan nak pegi sane. Jalan paling senang & dekat kena lalu tol yang rm2.30 one-way! mahal gile!
  4. Jalan balik dari situ ke rumah agak complicated. Kalo terlepas simpang abes aa ko kene U-turn jauh gile
Okeh, itu saja review saya pasal jusco baru. Kesimpulannya, saya & aya akan pergi lagi ke sana bila-bila untuk menghabiskan eksplorasi kami! hihihi 34


___________________________________________________________


Oh sebenarnya ada lagi satu shopping mall yang baru bukak kat JB ni. Namanya Sutera Mall. Location: Sutera Utama. Dia ade Carrefour. Sutera Mall ni agak bes untuk yang nak shopping rilek-rilek.

Apa yang saya suka pasal Sutera Mall:
  1. DailyFresh dia ada jual aiskrim MIXFRUIT yang super sedap
  2. Ada jual DVD Muvi (c*tak romp*k la of course!)
  3. Ada jual CD software
  4. Ada beberapa kedai komputer
  5. Ada kedai jam yang murah
  6. Tempat parking dia luas & bes!
  7. Senang pergi & senang balik
  8. Takde parking fee
Yang saya tak suke:
  1. Kedai dia tak bape banyak
  2. ITU SAHAJA
____________________________________________________________

Heh, post ni bukannya nak membandingkan antara 2 shopping complex ke ape. Ni cume post pengalaman peribadi. Haha

Sesungguhnya shopping/window shopping adalah ubat terbaik untuk perempuan! Sume penat dan pening hilang time shopping! Lagipun berjalan-jalan round shopping complex boleh bakar lemak lemak di badan. (2x ganda kalau pakai high heels) hihi

Girlsss, Selamat bershopping!!!

Saturday, December 20, 2008

Tagged by Amirah

1. Senaraikan 10 perkara ttg org yg tag kamu
1-nama penuh die sangat sedap okeh --> Amirah Dayana Azlan
2-Dia sangaaaaaat tinggiiiii!!!
3-her face macam tak menampakkan org melayu je.. more to eurasian type.. tapi her nose is very cute especially when she grins.. hahaha
4-sangat tere asek dapat university award je!
5-very soon (for her age) she'll become Dr. Amirah Dayana! amiinn
6-Loves reading
7-Masa sekolah dulu die suke melukis.. sekarang i tak sure
8-die dapat 8.0 for IELTS! tere gilerrr!
9-ade kakak named Aliya, adik2 named Ahmad, Aimi & Aida
10-She taught my lil brother n his friends adobe photoshop. hihi

2. Tuliskan novel kegemaran kamu
emm.. ape ye.. mase kecik2 dulu suke baca buku sweet valley! hahah.. ni ikut kawan2 la ni..
sekarang baca ape2 saje buku yang org recommend!


3. Listkan 5 bende yang kamu sayang (bukan org)

1-My black Adidas Handbag - Actually ni handbag mama yang dibeli utk matching ngan kasut sukan adidas dia.. tapi tetibe die kate cam handbag ni utk org muda.. jadi saya lah yang bertuah mendapatnye.. handbag ni sangatlah tahan lasak n selesa menggunakannya. Thanks Mama!!

2-My Red Sony Ericsson Handphone K810i - Handphone ni abah belikan 2 years ago. Sangat sayang handphone ni dan sangat tahan lasak juga. Hanaa dah baling handphone ni banyak kali! tapi die still hidup. hihi

3-Cincin tunang - dah cincin tunang haruslah sayang kan! hahaha. Cincin ni kakak Zayd yang pilihkan..zayd tukang bayo aje! haha

4-Spec-takleh hidup dengan aman damai kalo takde spek nih!

5-Jam baru beli tadi! - oh ye sebenarnya jam ni untuk hantaran. Walaupun weddingnye lame la lagi, tapi nak beli jugak sebab lawo sangat dan takut habis. Lagipun tgh sale skrg harga jam pun turun. Oh sangat bahagia dapat jam idaman. (dah eyeing jam ni dari awal tahun ni!). Oh jam ni untuk saya sendiri. Kang nak kawin kang baru bagi zayd untuk die letak atas dulang hantaran. haha

4. Who I want to tag
-alak
-imang
-aya
-piah
-sesape saje

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Kami sekeluarga di pagi raya
(munah & sanah xde)

Tahun ni kami beraya di JB je. Tak balik kampung muar pun sebab Hanaa & Nuha kena penyakit Tangan-Kaki-Mulut yang agak bahaye untuk budak2 kecik. Doktor suro duduk rumah je. Kene quarantine dari jumpe budak2 lain. Tapi Alhamdulillah pagi ni Hanaa dah agak okay.

Mama masak special harini. Menu adalah soto! malam tadi kitorang ramai-ramai gotong-royong carik-carik ayam, kupas kulit potato, lenyek potato & buat begedil. Seronok jugakla dapat rewang malam raya walaupun tanpa nenek + makcik2 kat kampung. hehe

Lepas menjamu perut dengan soto mama, kitorang gi rumah Makcik untuk makan Laksa Johor super sedap pulak. Perut yang dah penuh ngan soto pun dipakse menerima laksa siap tambah 2 kali. haha

Hari ini adalah hari raya yang sejukkkkk.. Dari pagi lagi dah hujan & hujan berterusan sampai lepas zohor.

Esok saya balik KL & masuk keje hari Rabu! dah rase rindu pulak kat ofis tu.. ape kabo la kaktus mini tu...harapnye masih hidup..aminn

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua!!!!