Saturday, November 29, 2008

Hepi Besday Imang!



Hepi 23rd Birthday Mang!!! kite dah same umo dah ha! hahaha.. Ni post khas untuk awak seperti yang awak dah cadangkan dalam blog awak.

Haa..aku takde ni ko gi jogging tak? haha.. kite ni cam tak gi jogging je.. esok lah maybe..

Okehlah.. semoga berjaya mendapatkan scofield islam as a husband.. hahaha.. Semoga berjaya pegi study abroad juga.. dan semoga berjaya dunie akhirat..

p/s: post ni hadiah utk awak! hahahah

Thursday, November 27, 2008

My IELTS result



Speaking - 7.0
Listening - 8.0
Reading - 9.0
Writing - 6.5

OVERALL - 7.5

Tuesday, November 25, 2008

I'm Home!!!

I'm in JB for 2+ weeks!! hehe. Bes2! Sebenarnya ada kursus 2 minggu kat UTM Skudai. Tapi saya minta cuti lagi 2 hari untuk raya haji skali. Ingatkan kursus ni cam mind-relaxing, rupenye kene concentrate & berfikir banyak sebab kursus ni sangat penting untuk nak buat masters by research or PhD. Namenye pun Kursus kaedah penyelidikan.

Kursus ni sangat membantu untuk future insyaAllah. Semua panel-panel & penceramah adalah prof2 & prof madya yang hebat-hebat kat UTM ni. Tapi sebenarnye saya makin gerun la pulak nak buat research ni. Macam susah je. huhu. Dalam SEMUA talk, penceramah akan banyak kali ingatkan supaya BANYAKKAN MEMBACA. READ, READ, READ! untuk buat research proposal saja, u must read at least 50 journals before start writing the proposal. Saya ni selambe je hantar proposal yang ade less than 10 references & lupe letak citation pulak tu! memang kene buat balik la nampaknye. Huhu

Ada Dr. yang kata die read at least 400 journals masa die buat PhD. Ada yang kata kene baca at least 1000! gile ah! sesungguhnye membaca journal adalah tidak semenarik membaca novel. (padahal memang tak menarik lansung!). Saya nak menghabiskan baca 1 journal pun akan menguap at least sekali. kalau dah 400 journal, agaknye akan tido 50% of the time kot! oh sangat risau.

Eh, terlari topik pulak ye. Title post ni pasal saya dah balik rumah kan. Sebenarnye nak memberitahu di sini supaya kawan-kawan yang ade kat JB bolehla ding dong saya kat YM ataupun sms saya untuk mengajak berjumpe & bergosip. haha. Kursus saya dari pagi sampai petang je. So malam2 bolehla berjumpe. Takpun weekend. Amirah, weekend ni kite cop nak jumpe awak! haha. Anne, next tuesday ek! sape lagi ek.. ohhh Huda! cepat plan bile nak jumpe!!

Kepada Alak & Imang di KL, ape kabo chuck, gossipgirl, OTH, greek? adekah sudah bertambah anak-anaknya? Adakah korang berdua merindui kite? hahaha.. Alak, kalo rindu, tido je kat katil kite tuh! hahahhaa.. geli seh!

Okeh daaa~

Thursday, November 20, 2008

Good Luck!!



While I'm writing this post in my office, my 100+ students are struggling in the exam hall trying to figure out answers to each questions for the PLC (Programmable Logic Circuit) final exam. I myself am very VERY VERY nervous. What if some of them failed to answer because they understand nothing I taught. What if I didn't push them hard enough to study. What if what if and what ifffsss.. aiyooo.. sape yang nak exam nih??

To my students of section 14 & 06.. Sorry & thanks for everything :) I'll miss you.. all of you! I wouldn't know it if any of you hates me or didn't like my teaching style. But I got some great memories with you. InsyaAllah I'll never forget you because your group is the 1st group/class I taught after joining UTM and because I have the pictures from the class photoshoot ;)

Good Luck for you final exams and may all of you found success in every walk of your life. Pray for me too!


XOXO,
Cik Uswah :)

p/s: ade ke student aku bace nih? haha

Wednesday, November 19, 2008

Mari bersenam!

Last weekend, cik Shema yang bakal menjadi Puan Shema telah mengajak saya, alak & imang untuk merasmikan rumah baru beliau di Shah Alam. Jadual aktiviti kami adalah seperti berikut:

Sabtu-
Malam : Dinner @ HR Kg. Baru
Tengok muvi beramai-ramai dirumah baru Shema
Tido

Ahad-
Pagi : Jogging @ tasik Shah Alam
Outdoor Photo session @ tasik Shah Alam
Breakfast @ Restoran Khalifah, Shah Alam
Main Badminton @ Seri Ixora, Shah Alam
Mengemas rumah + mandi

Tghari: Shopping tudung @ Sri Munawwarah TTDI (x berjaya)
Makan @ Food Court JJ Kepong
Shopping @ JJ Kepong

Petang: Balik!

Sile perhatikan jadual kami yang sarat dengan aktiviti sihat! hihihi

Anyway, saya + cik imang telah bertekad untuk berjogging setiap weekend demi kemaslahatan tubuh badan kami. Jadi bila cik shema ajak gi tido rumah dia, kami telah memaksa beliau untuk memasukkan jogging sebagai salah satu agenda.

Sesungguhnye tasik Shah Alam itu, perimeternye adalah besar! Lagi-lagi untuk beginner macam kitorang ni. Tapi berkat kegigihan & kesabaran, kitorang berjaya gak menghabiskan 1 round! Siap boleh main badminton lagi lepas tu!

Tapi after-effect dia sangatlah dasyat! badan saya menjadi sengal2 dari kepala sampai kaki untuk 2 hari. Rasa macam nenek tua je. Nak turun tangga sakit, nak duduk sakit, lepas duduk, nak diri sakit, nak baring pun kene slow motion. Huhu. Nak pusing kepala sakit, nak mencangkung kat toilet apatah lagi! agak-agaknye otot2 dalam badan ni belum get used lagi untuk xtvt berat2 camtu. Tapi takpe, lama-lama nanti mesti dah terbiasa.

Haa, oleh kerana banyak gambar yang diambil, maka saya meletakkan banyak gambar2 dibawah ni.. Enjoy!!























**Malas nak komen gambar sebab blogger ni cam tgh problem je.. masa edit post, die tak tunjuk gambar, tapi tunjuk coding je.. tak koser aku nak cek gambo ape setiap satu coding. :(

Friday, November 14, 2008

IELTS & Cuti belajar

Ye kawan-kawan, saya nak cuti belajar next sem! hihi. Maknenye, saya tak payah mengajar dah. Cume makin busy buat research insyaAllah. Saya akan buat Masters of Engineering (Electrical) by research. Name je electrical, tapi research saya ni lebih kepada Artificial Intelligence, tak lari juga dari bidang Mechatronics. Project ni under CAIRO, UTM. Bukan Cairo, Egypt ye.. Ramai yang terkejut ingatkan saya nak gi egypt study engineering.. egypt & engineering, macam agak pelik disitu... CAIRO ni sbenonye Centre of Artificial Intelligence & Robotics. Die based kat UTM citycampus. Maka dengan itu, otometik saya kene duduk KL & bukannye UTM Skudai, JB.

Untuk application cuti belajar, staf UTM semua kene amek English Exam, IELTS. Sepatutnye orang yang nak study overseas je kene amek. Tapi kitorang ni nak study local pun wajib amek. Jadi saya pun dah amekla exam tersebut pada 6/11 (Speaking test) & 8/11 (Reading, listening & writing test). Exam ni takle susah sangat rupenye.. Ceh bercakap besar pulak padahal result belum dapat! oh,. doakan saya cemerlang! hihi. Eh anyway, Amirah pun amek IELTS ni masa hari yang sama! jadi doakan kami sama2 cemerlang!

12/11 pulak, saya di-interview untuk kelulusan cuti belajo. Alhamdulillah interviewnye simple je dan saya berjaya untuk mendapat cuti belajar tersebut + scholarship KPT. Oleh sebab interview ni kat UTM JB, maka saya terlepas peluang makan daging rusa BBQ kat jamuan untuk staf kat UTM KL.. huhu.. takde rezeki nak merase daging ruse.. adekah sedap atau adekah seram rasanya? hmm..

Haa, saya akan bercuti belajar starting 17 Disember 2008! woohoo! jadi student balik you! terase mude! haha..padahal memang mude pun! hihi. Oh, sebelum cuti belajar, kene ikut 2 weeks course kat UTM JB. Makanya, saya akan balik rumah kat JB n tinggal situ untuk 2 minggu! hihihi..Aya Piah, sila kemas bilik untuk menyambut kepulangan akakmu yang bes ini.

Okeh, setakat itu saja omongan kosong yang tiada makna bagi org lain.

Daa~

P/S: weh solehah (adik ke-8) dah lagi tinggi dari saye!!!! ooohh dunia sudah terbalik!!!

For those who're having a bad day...





Don't Worry, Be Happy! :)

Wednesday, November 5, 2008

Suhaib Tunang Part 2

Ni gambar dari camera Aya. Gambar dari main photographer blum dapat la jugak. Enjoy the pics!

Mama, Uwa & Mak Uwa
Tetibe Mak mak dah same theme colour!


Cincin Merisik & Tunang.
Cincin risik tangan kanan, cincin tunang tangan kiri (yang beso ni)


Hantaran dari pihak kitorang theme purple+white
FYI, hantaran ni digubah oleh saya. Lawo x?
Clockwise dari kiri: Kuih, Buah, Kain, Kain+tudung,
Muffin (ni besan mak bagi), Kek, Chocolates


Cik Uwa & bekas cincin yang saya gubah


Hantaran dari pihak perempuan.. ada 22 semuanya!
Main hantaran ialah Baju, belt, sunglasses, Perfume set,
chocolates, Garam+Gula (ni cam cite P Ramlee plak)

Tuesday, November 4, 2008

Suhaib Tunang Part 1

Sabtu, 011108 - Abang sulung saya yang tinggi gagah perkasa telah selamat ditunangkan dengan cik Uwa yang kecik molek lagi ayu. Keluarga kami telah menghantar rombongan meminang ke Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Pihak kami telah menghantar 7+1 hantaran & pihak perempuan telah membalas dengan 22 buah hantaran! Rupa-rupanya adat orang perak ni unik sikit. Saudara-mara & jiran-jiran akan contribute sorang 1 hantaran berbentuk manisan/kek/kuih.

Gambar-gambar takde kat saya. Cik Aya belum upload lagi banyak-banyak gambo. Jadi saya bagi satu gambar je untuk tatapan korang sume. Gambar dari photographer akan menyusul tidak lama lagi :)


Solehah, Aya, Piah, Uswah & Cik Uwa kiut


Kepada Cik Uwa,

Welcome to our BIG family!!