Wednesday, October 29, 2008

Cincin Tunang

Haa.. ni die gambo engrave kat cincin tunang aritu. Saya suruh orang tu engrave "ZAYD <3 USWAH 041008". Hihihi..hepi!

Nampak tak nampak tak?


Haaaa.. ni lagi jelas!

Alah, kalau nak jelas, besokan je gambo tu!

Da~

p/s: Sejuta penghargaan kepada cik Imang yang meminjamkan camera beliau yang berjenama Sony CyberShot DSC-W120

Tuesday, October 28, 2008

Bengang


Kalau nak meniru pun, pandai-pandai la sikit edit. Ni tidak, spelling mistakes pun same je, tak betulkan. Meniru benda yang salah! Hilang mood aku nak marking paper!

Best gile deduct 20 marks untuk para peniru-peniru sekalian! padan muka! muahahahaha. Sape yang bagi tiru tu nasib ngkola kene tolak 20 markah. Sape suro bagi orang tiru! Ni pun dah kire baik okeh. Ade lecturer lain lagi bes, kire bape ramai yang meniru, full mark bahagikan sama rata. Kalau full mark 80, ada 4 orang meniru, then sorang 20 markah.

Oh aku sungguh baik hati!

Thursday, October 23, 2008

Raya Raya Raya

Selamat Hari Raya kawan-kawan & sanak saudara. Pejam celik tido jaga, dah 23 hari kite beraya rupenye. Ada lagi 7 days to go! (cis pose 6 blum abes lagi!).

Hari ni UTM buat jamuan raya peringkat university untuk sume staff. Semua department kena bukak gerai makanan & kitorang boleh makan makanan dari mana-mana gerai & FREE aje. Sangat best & kenyang! Ada Satay, soto, laksa johor, laksa penang, mee kari, mee rebus, nasi beriani, nasi jagung, Roti Jala, Kuih-muih, Sushi, Buah-buahan & minuman.

Saya cuma makan satay, soto, kuih-muih & buah-buahan je. Ni pun dah sangat sangat kenyang! Sekarang tengah duduk bilik diam-diam, nak marking paper tapi mata mengantuk sebab perut penuh makanan. Huhu. Tu yang update blog ni. Dah lame blog ni tak di update. Sian die. (tiboo!)

Haa, semalam, lepas hantar Ahmad balik skolah die, saya & suhaib pegi shopping cincin untuk tunang die. Suhaib insyaAllah akan bertunang 1st Nov 2008. Kitorang akan menghantar rombongan meminang kat Teluk Intan, Perak. Semalam kitorang beli 2 bentuk cincin. 1 cincin merisik, 1 lagi cincin tunang. Kat kedai emas tu, orang tu kata boleh engrave nama n date kat cincin. Free aje. Suhaib buat untuk cincin tunang die. Saya pun mengada-ngada nak join skali! haha. Maka sekarang ni cincin tunang saya dah ter-engrave nama saya & zayd & date tunang. Hihihi Sangat excited!!!

Post kali ni takde gambar sebab pc ni takde card reader. Bila-bila masa saya letak gambar cincin yang dah terengrave name & gambar tunang suhaib plak. Haa, hantaran untuk suhaib tunang ni, saya yang buat! Hihihi. Nantikan gambar hantaran V2.0 saya!!! Cantik wooo (haha perasan).

Okeh.. nak start marking paper. Daa~

Thursday, October 9, 2008

Tunang-tunang

Salam.. post sebelum ni previu aje, jadi post yang ni, full report la kiranya.. hehe.

Pada 4hb Oktober 2008 yang lepas, bersamaan 4th syawal, bersamaan birthday abah yang ke-46, telah berlansungnye majlis pertunangan antara Uswah Khairuddin & Zayd Salahuddin Adam. Pada hari yang sama juga, kami mengadakan open house sampai malam.

Pagi-pagi lepas subuh, kami semua start kemas rumah. Uswah & piah dok mengemas bilik suhaib. Bilik suhaib ni la yang digunakan untuk upacara menyarung cincin. Around 9.30pagi baru siap kemas. Piah dengan rajinnya telah mop bilik ni & menolong uswah pasang cadar baru.

Sebenarnya takde color theme pun untuk tunang ni, tapi tetiba kebetulan semua benda warna pink, jadilah theme color pink. Baju yang dipakai tu kaler pink+peach. Orang kedai tu kata kaler english rose. Tudung & selendang pun kaler pink. Kotak hantaran pun kaler pink, bunga-bunga hiasan pun kaler pink. Cadar pun cam ada kaler pink. Maka terjadilah theme pink.

Haa...ramai btul yang bertanya pasal hantaran tu. Kotak-kotak hantaran tu, beli kat Kedai Romantika. Ada kat Angsana JB, Plaza Alam Sentral & Wangsa Maju. Murah je, satu set (12 kotak) rm70 je! Kotak-kotak ni sume tak sama size. Kotak first beso, kedua kecik sikit, then makin kecik. Kotak ke 12 sangat kecik, untuk cincin pun sesuai. Untuk tunang ni, saya guna 6 kotak je. Bunga hiasan kat kotak tu pulak, bunga plastik yang nampak macam fresh flowers, pink roses. Satu set ada 5 kuntum bunga & daun2. Saya beli 5 set, 1 set rm4. Untuk hias, potong bunga-bunga tu dan keluarkan dawai dari tangkai dia & susun kat hantaran. Ribbons untuk hiasan agak mahal juga. Segulung dalam rm20++. Trick yang saya guna untuk menaikkan hadiah dalam kotak tu, saya letak tissue2 tebal yang dah digumpal sebelum letak barang2.

Anyway, majlis bermula secara rasmi pukul 12.30 tengahari. Majlisnya simple je, cakap2 sket, doa selamat, sarung cincin, tuka hantaran & makan! Sambil-sambil tu berkenalan ngan sedara-mara dua-dua belah pihak. Untuk Majlis ni, Pakcik & Makcikku telah bersusah payah masak & tolong-tolong. Makcik Sempo masak daging masam manis. Pakcik Selamat masak daging kambing. Makcik Seha masak Sotong sambal. Kawan mama gorengkan ayam berempah. Oh, yang paling penting, Nenek buat Burasak (makanan bugis - macam nasi lemak himpit). Makcik Tipah pulak buat pudding untuk makan & untuk hantaran. Makcik kiah buat kek lapis serawak yang tersedap didunia!

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ni. Abah & Mama yang bersusah payah menguruskan majlis yang sempurna ni. Suhaib & Amad yang banyak tolong pergi kedai & kemas rumah. Piah, Aya, Solehah, Hayat & Nuha yang tolong2 jugak. Hanaa yang penyejuk hati.. haha. Makcik-makcik & pakcik-pakcik yang banyak menolong kat dapur & melayan tetamu. My cousins, Alak, Imang, Taqiudin, Hikmat, Mukarramah, Ulfah, Nabilah, Fairuz, Faiz, Faizul, Acap, Ridhwan, Shahir, yang sangat sangat banyak membantu. Ramai btul sedare saya ni, kalau tetinggal nama jangan kecik hati la (as if sume la bace blog ni.. hahah).

Majlis habis pada pukul 2.30 petang. Lepas rombongan keluarga lelaki balik, kami buat open house pulak dari 3.00petang sampai 11.00 malam. Semua orang sangat sangat letih. Suhaib & abah sampai demam. Mama sakit-sakit badan. Saya pun same. Selsema teruk & sakit tekak. Huhu.

Okeh, sekian cerita, meh tengok gambo!

Bersiap-siap


Pakai mekap sendiri aje. Sebenonye takle mekap ape pun.
Pakai bedak, eye liner, lip liner & lip balm.


Hampir siap! Dah siap pakai selendang. Tinggal stokin aje


7 daripada 9 Hantaran yang disusun atas katil
(lagi 2 kat luar bilik)

Hantaran untuk zayd & Family
1st row: Baju, Kain & card untuk parents Zayd, Shirt Zayd & Jam
2nd row: Perfume & toilettries set, Chocolates & Kek coklat moist
3rd row: Pudding cocktail, kuih-kuih raya & kek lapis asam sarawak


A pink setting


Aya, Uswah, Piah & Solehah
Sume nak lagi tinggi dari aku hah! Dah beso2 dah adik2 aku nih
Alak & Imang
Kuarga 2nd saya kat KL

Ili (adik sha), Uswah, Shazana & Solehah.
Thanks Shazana & family sebab sudi datang!!

Rombongan lelaki baru sampai

Sesi Perbincangan pun bermula

the perempuanss

Zayd control! hahaha

Masih sesi berbincang

Salam-salam before sarung cincin
Kelihatan uswah yang tak nervous lansung! haha

Mak Zayd a.k.a bakal mak mertuaku sarungkan cincin

Bergambar ngan makcik n mak zayd

Bergambar ngan mama, hanaa, makcik & mak zayd

The cincin - tanda kene ikat takleh suke org len dah! hahaha

Gaye gedik

Sesi bertukat-tukar hantaran

Abah saya & Abah zayd. Agak sama kan? haha

Makann!! perempuan makan kat dalam rumah

Orang lelaki makan kat luar
Zayd kene duduk semeja ngan pakcik-pakcik

Bergambar dengan mama, nenek & family zayd

Zayd yang asek kene interview

Masa rombongan lelaki nak balik

Bye bye bye

giliran orang-orang kuat yang banyak bekerja pulak makan!

Amera, husband & adik iparnya datang lepas majlis dari singapore. Thanks for coming cik puan Mera!!

Uswah, Mera & Alak (tengok baju mera mengalahkan pengantin! haha)

Hanaa yang kepenatan!

rumahku diwaktu malam.. masa ni dah nak close house dah


Okeh, sekian saja report majlis pertunangan. Doakan Saya & Zayd panjang jodoh & dimudahkan segala urusan untuk pernikahan kami. Terima kasih kepada semua yang terlibat & memberikan moral support!