Monday, June 23, 2008

23rd June Babies

Three cakes for 3 birthday girls+boy
(abaikan perkataan wedding disitu)


Happy 10th Birthday
NUHA
My Little chubby-babyface sis
(yg telah membongsu selama 8 tahun)



Happy 24th Birthday
SHEMA
My roomate & classmate at UIA


Happy 22nd Birthday
DAUD
My junior at engin UIA, Zayd's bro


Anyway, hari ni mama masak LASAGNA + FRUIT COCKTAIL with PUDDING. Uswah buat KEK BATIK (cilok resepi alak tapi dah modify sket oh alak daku tere juge). Mama beli jugak KEK BIRTHDAY utk cik Nuha kite.. makanan ini semua sudah cukup untuk menaikkan berat badanku sebanyak 1kg.. tu blum kira ukurlilit perut lagi.. huhuhuhu.

gambo ade dalam henpon lagi.. malas nak mengupload.. hahahaha

Sunday, June 22, 2008

Hanaa + Hanbok = Korean princess

It was a korean tradition to make a BIG celebration for the 1st & 60th birthday. During the celebration, the birthday girl/boy/granny/granpa had to wear traditional clothes, Hanbok ('han-buk') for girl/granny, and ____ (tak ingatle namanye) for boy/granpa.

I went to Korea in June 2006. Hanaa (si sepet muka korea) was just 3 month old. I bought her a cute Hanbok (for 1 yr old child) that costs me around rm120. Quite expensive for a student-tourist, but totally worth it. Haha. In Malaysia, the price is around rm300 a piece.. huhu. Anyway, Hanaa was too small back then, and she's still very small during her 1st birhday. The Hanbok was too big for her.

Now she's 2 yrs 3 mth old, and last night, we put hanbok on her and tadaaa!

Princess of Korea - Jung Suh (atau nama sebenarnye Hanaa)


the Princess & Omma, the Queen


the princess & her 'abuji', checking on her pics


Skirt kembang yg sgt comel! huhu


Dah penat bergambar si puteri sorang ni


video la pulak
video

video

p/s: ni camera handphone je, lighting dlm umah pon tak secerah matahari. so paham2 jela quality gambonye.. hehe.. camera rumah entah ke mane..

Friday, June 20, 2008

Hanaa yg perasan

**PERHATIAN: di bawah ini bukanlah lirik lagu mahupun puisi!**

Uswah amek barang dalam almari.
Hanaa nampak kotak mekap.
Hanaa kata nak mekap.
Uswah kata tak boleh, mekap dah habis.
Hanaa peluk kaki uswah.
Hanaa merayu-rayu nak mekap.
Uswah kata tak boleh.
Hanaa jadi agresif.
Hanaa tarik-tarik seluar uswah.
Uswah serender.
Uswah bawak Hanaa gi bilik mama.
Uswah letak Hanaa depan cermin.
Uswah amek lipstik mama.
Uswah pakaikan Hanaa lipstik.
Hanaa rasa tak cukup kat bibir je, die nak kat mata & pipi.
Uswah calit2 lipstik kat mata & pipi Hanaa

Hanaa jadi begini:

video

Wednesday, June 18, 2008

Little shopper

Kelihatan seorang budak kecik dengan gigih menolak troli yang agak berat sebab penuh dengan groceries di supermarket Uda Ocean, Angsana.


Siapakah budak ini?


Hmm.. tinggi lebih kurang XXcm, berat XXkg...



Hah, hidungnye penyek, mata nampak cam sepet.. agak putih..gaya baju cam budak pempuan



Hah! Hanaa rupenye!!! (mind the gegar2 pic, Hanaa yang gerak2 dengan aktif..huhu)
Kat bawah ni video yang membuktikan kekuatan Hanaa menolak troli yang berat.. Uswah pun bersusah payah nak menolak troli ni, Hanaa apatah lagi..


video

Lepas video ni diambil, Hanaa telah menolak troli sampai melanggar bakul2 buah, sebaik tak jatuh. Akak penjaga kat situ sound suro berhati2 lenkali.. Okey kak, kami patuh!! Hanaa trus kene duduk kat kusi troli tu! hahahaha

Hanaa yang cuak dengan mama


Hanaa sekarang asik nak tiru je ape orang buat. Contohnye, kalo kat kedai kain, kite cakap 'wah, lembut kain ni, mesti kalo pakai sejuk!', tetibe Hanaa menyampuk, 'wah, kain cejuk!'. Padahal die tak paham pun. Haha

Nampaknye Hanaa ni akan suke/tere shopping bile beso nanti.. Hahaha


Tuesday, June 17, 2008

The Number 1 tag

1 minit yang lalu, apa anda buat?
- Baca blog amirah and nampak nama yang cool telah di tag (uswah of kos! hahaha)

1 hari yang lalu, apa anda buat?
- Bangun solat subuh, hantar adik2 gi skolah, gi pasar bli barang2 dapur, tido sampai pukul 12.30! hahahhaa. Bangun tido, kemas bilik mama, mandikan hanaa, mandi, solat zohor, kuar gi tangkap gambar site utk projek abah, gi bank islam, gi kedai tudung ngan mama (& beli 1 tudung lawo sgt..huhu), cebokkan hanaa berak, solat asar, tengok tv kejap, kuar lagi bli barang dapur, buka puasa, solat maghrib, mandikan hanaa, mandi, solat isya, chit-chatting kat ym, turun bawah mencari makanan tetapi tak jd makan sbb dah kol 1pg. TIDO!

1 hari lagi, apa anda akan buat?
- Esok ya? hmm... rutin setiap hari

1 orang yang terakhir menelefon kamu?
- Aalaa' - die nak tanye camne nak letak link kat ym status

1 makanan yang baru dibeli?
- Ikan tenggiri (rm22), santan (rm3, huhu da mahal skrg) & rempah sup 2 peket (1= 60sen)

1 barang yang baru hilang?
- hmm...macam takde barang hilang je.. oh ye, magazine saya last month! mane tah pegi.. kene carik balik sbb ade 1 baju lawo dlm tu nak kene beli.. hahahhaa

1 cerita yang baru ditonton?
- Cerita bola, pagi tadi join abah tgk tv time breakfast

1 hal yang terakhir digosipkan?
- Seorang classmate kat uia telah mempunyai gilfren baru (again!)

1 kata yang ingin diluahkan?
- I'm tired of waiting.. huhu

1 buku yang sudah dibaca?
- hmm..banyak le.. jadi meh saya promote (again) 1 buku yg bes - Manikam kalbu by Faisal Tehrani

1 penyakit yang sering datang?
- Lebam2 kat badan sebab asek terlanggar perabot/tangga/apa sahaja didalam rumah & dimana2... huhu.. sangatle kelam kabut!

1 keinginan?
- Nak duit yg sangat banyak.. hahahhaha

haa..sape2 yang rajin nak wat tag ni, sile buat! esp org2 menganggur spt Alak & imang! hahahha

Saturday, June 14, 2008

Engagement & Weddings

Hai2! Long time no see. No updates in 2 weeks due to no pictures from my handphone can be uploaded into the PC. My handphone uses Sony MemoryStick (M2) and there's no card reader for sony stick and I just discovered that my dad's laptop has it. huhu.. like, akhernyaaaa...

Okay, this post is about Engagement & weddings kan.. For the past 15 days (including today), I already went to FOUR weddings & ONE engagement. The 4 weddings are the weddings of my schoolmate (& classmate) in Sekolah Menengah Islam hidayah, and the engagement is between my classmates in UIA.

31st May 2008
Ummu Fathiyah & Abdul Jalalul Ikram (Wedding)

1st June 2008
Zahratul Shima & Mohd Sofian (Engagement)

--> full report on previous post

7th June 2008
Farhanin & Muharam (Wedding)

Nadirah & Norwan Nasir (Wedding)

14th june 2008
Aishah & Mohd Khairul Adha (Wedding)



Here are the pics:

UMMU & IKRAM

Ummu, Uswah & Hanaa


Ikram & Ummu - Kenal kat tempat kerja


SHEMA

Shema - kenal pyan kat Matriks UIA


NADIRAH & NORWAN

Nadirah & Norwan - kenal thru chatting (cinta siber)


FARHANIN & MUHARAM

Muharam & Farhanin - Kenal thru chatting gak (cinta IT)


AISHAH & ADHA


Adha & Aishah - Arranged by naqib/naqibah (adha was my senior at engin)


Sekian saja utusan raja sehari & puteri sehari.. Semoga mereka semua berbahagia ke anak cucu :)

Monday, June 2, 2008

Majlis pertunangan Shema + Pyan

1 Jun 2008
Majlis Pertunangan Zahratul Shima Zolkepli & Mohd Sofian Basrah

Shema & Pyan

Ahad lepas (semalam), telah berlansungnya majlis perasmian pertunangan diantara roomate saya di UIA dengan classmate saya di UIA, Shema & Pyan. Majlis diadakan kat umah shema di Melaka.

Oleh sebab musim cuti skolah, catering & mekap sume fully booked sebab ramai org kawin. Jadi, sedara mara shema yang masakkan makanan untuk majlis ni. Saya, balkis (kwn skolah shema) & amy (adik shema), telah menjadi mak andam hentam2 untuk menyiapkan shema untuk majlis ni.

Tapi, the outcome sangat2lah bes! Shema telah menjadi sangat cun & ayu sekali! Amy yang paling banyak mekap muke shema.. saya & balkis dok pakaikan tudung shema. Alahai..ade satu gambo shema yang sangat ayu dlm henpon saya.. tapi card reader rosak aa.. tak dapat tunjuk.. huhu. Ni ade sedikit gambo dari cameraman


saya (tudung purple) & balkis (tudung biru) tgh mencucuk2kan
pin kat bahu shema.. hahahha



mak shema, shema, mak pyan, kakak pyan


Shema & mak2 andams


Ayah pyan, mak pyan, mak shema, shema, pyan & ayah shema

Majlis ni amatlah grand siap dengan khemah & 2 kali makan & gifts utk tetamu. Makanan org melaka sangat sedap jugak! Saya makan banyak kali! huhu. Tetapi orang melaka adalah garang-garang, lebih garang daripada saya.. huhuhu

Congrats shema & pyan. Semoga dipermudahkan mengumpul duit utk kawin ;)