Saturday, March 15, 2008

Spekku sayang T_T

Hanaa agak moody 2-3 hari ni.. tak tahulah sebab ape. Seperti biase, dia mengguling2kan dirinya diatas katil sebab moody lagi. Guling punye guling, die menghempakskan kepalanye stret ke muka ayu ku.

Dengan sekali hentakan sahaje, lens kanan spekku terpatah dua. Serpihan itu menikam pipiku. Sebaik tak darah. Hanaa terus diam & daku cume memandangnye tajam. Bile abah datang, die terus peluk abah n dok ngan abah je. haha


Last time i***g terpecahkan lens kiri (hihi), kali ni hanaa pecahkan lens kanan


Hanaa yg cuak, peluk abah kuat2. Hahaha


Sampailah waktu, ajal kan datang...




Friday, March 14, 2008

Testing slipe & Testing kete

Aya + Hanaa (yg suke melawo) telah mengetest2 sandal2 uswah yg tersimpan di dalam almari. Hanaa mmg suke pakai slipe uswah dalam rumah. lagi tinggi lagi die suke! haha

Aya mule-mule test, hanaa join!


Hanaa suke sgt slipe ni sbb kale same ngan baju kot.. hehe


Walaupun dah lulus test kete arituh, tapi baru semalam uswah dpt lesen P! agak cantik lesen itu sebab kale oren! hihi suke! Dengan semangatnye uswah dah bli 2 set stiker P & letak kat kete abah & kete mak!
Mama: aduh, lawo2 kete mak, ade stiker P pulak! spoil!
Uswah: xpela, kalo mak/abah buat slack time drive, org tak marah sbb ade stiker P! haha

Uswah yang drive kete abah dgn sgt cool!



Wednesday, March 12, 2008

Teka-teki 2: Sekejap ade sekejap takde, ape die?

Jawapan: Biskut Chipsmore!

Mengikut rules Modus Ponens, dalam logic rules:

Uswah tak suke makan biskut.
Chipsmore buttercrunch sgt sedap & org yg taksuke makan biskut pun akan suke.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Therefore, Uswah suke makan biskut chipsmore buttercrunch!




Biskut ni sgt sedap sampai asek beli aje setiap kali ke kedai. Haha. Baru beli td dua peket! sedap!

Tuesday, March 11, 2008

Teka-teki: Mee ape yg paling berat?

Jawapan: Mee Wantan (Mee 1-tan)!


Dekat ngan rumah kitorang, ade satu gerai mee wantan yang sgt famous! Mee ni dah jadi feveret kitorang untuk breakfast. Kami semua teramatlah berminat dengan mee itu, tapi nak beli selalu tak bolehlah sebab hargenye agak mahal (rm4.00 semangkuk, kalo 10 org makan dah rm40.00!)

Jadi, mama saye yang amat tere memasak itu telah mempertaruhkan skillnye untuk memasak mee wantan pula! Proses untuk membuat mee ni amatlah panjang + leceh, so kene amat bersabar untuk membuatnye.

Bahan-bahan wajib mee wantan


Pesanan untuk suhaib: Diharap kekanda membaca post ini dan dapat bergegas pulang kerumah sebelum mee wantan ini habis.
(semalam suhaib trus balik rumah lepas tgk post apple pie! sebaik sempat makan! hahaha)


Monday, March 10, 2008

Apple Pie + Custard Sauce = Yummmeyh!!!

Today's Special:
APPLE PIE with CUSTARD SAUCE




Jom buat Apple Pie + Custard!
  1. Potong apple HIJAU halus-halus & buang kulitnya sekali
  2. Masak air + bunga cengkih + gula
  3. Masukkan apples tadi
  4. Biarkan sampai air gula td kering & apple jadi keperang-perangan
  5. Buat pie crust bahagian bawah dulu
  6. Bakar dlm oven
  7. Letak apples yg dah dimasak td keatas pie crust yang dah dibakar
  8. Tutupkan dengan pie crust bahagian atas
  9. Bakar lagi
  10. Masak custard pulak
  11. Serve - potong pie macam potongan kek
  12. Letak atas pinggan & curahkan custard sauce keatasnye
  13. Makan!
Hayat, Nuha & Hanaa sedang menikmati apple pie

less than 10 minutes, dah licin!

SGT SGT SGT SGT SEDAAAAAAAAAAPPPP!

Sunday, March 9, 2008

Everyday route for 4 years (2003-2007)

Map kat bawah ni is part of UIA. My mahallah was Mahallah Halimah & I have to WALK to Engineering building everyday (sometimes twice a day). Total distance, one-way, is 620m. That makes me walk for at least 1.24 km everyday! hehe. Tu tak termasuk naik turun bukit & naik turun tangga! Tiap2 hari exercise! padanla kurus! hahaha.



Tiba2 rindu berjalan dengan tenang gi kelas di pagi yang nyaman. (jalan balik dari kelas xbes sebab tghari or ptg sgt panas!)

Pilihan Raya Umum ke-12 BEST!


Sangat menarik PRU-12 kali ni! Barisan Alternatif (PKR-PAS-DAP) bukan saje dapat tawan kelantan balik tapi dapat tambah negeri lagi! Kedah, Penang, Perak, Selangor, Kelantan + Kuala Lumpur, sumenye telah berjaya diperintah oleh Barisan Alternatif! AllahuAkbar!!

Perbincangan tentan PRU-12 malam tadi (& awal pagi td) sume tentang "why, why & why?" saje. Maybe para panelist sudah bersedia dgn skrip "dah agak dah, BN akan menang lagi". Tiba-tiba, lain pulak jadinya. Sume tertanya-tanya dan teragak-agak nak komen (takut salah cakap & kene ban dr tv ke? hihi) tentang kekalahan menteri-menteri + timbalan2 menteri yang penting2.

Mereka (panelist TV3, RTM, NTV7, astroAwani) menyatakan:
  1. Keputusan PRU-12 amat memeranjatkan & seperti gelombang tsunami melanda negara
  2. Generasi muda yang baru boleh mengundi pada kali ini, tidak berfikir secara teknikal, tapi berfikir secara intelektual utk memilih siapa yang patut memimpin mereka (hahaha, tau takpe! budak mude zaman sekarang bukan bodoh sgt)
  3. Kenaikan harga barang menjadi faktor
  4. Barisan Alternatif (BA) banyak menggunakan media alternatif (internet dll.) untuk berkempen & BN hanya menggunakan media yg sedia ada (TV, surat kabo) untuk menepis sahaja segala hujah yang dinyatakan BA.
  5. Rakyat dikawasan bandar yang kebanyakannye mempunyai access internet yang memilih Barisan Alternatif.
  6. Rakyat tidak memandang pembangunan (seperti yg difokuskan) oleh BN sebagai sebab untuk mereka pilih BN.
  7. Rakyat mahukan suasana kepimpinan yang baru, bersama pemimpin yang baru & segar.
  8. PKR, PAS & DAP mempunyai ramai pemuda yang bersemangat & kuat yang amat loyal pada parti mereka.
  9. Calon BN kurang masa berkempen sebab busy ngan keje as menteri. Barisan Alternatif takde tanggungjawab lain & sepenuh masa boleh digunekan utk berkempen. (Yela tuh! mane bole gune alasan ini kak)
Sebenarnye banyak lagi point2 yang agak bes.. tapi agak mengantuk jadi tak dpt tumpukan perhatian.. hehe. Rase sian pulak kat panelist2 dalam tv tu.. nak cakap pun teragak-agak sebab kalo terpuji lebih2 BA ni karang, ade yang kene pecat esok. Hahaha

Kesimpulan yang saye buat sendiri tentang PRU-12 ni, BN seperti 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. Mahu tawan kelantan & selamatkan terengganu, tapi kelantan pun tak dapat, terengganu pun menang tipis (ni pun da banyak keraguan pasal pengundi, cam ramai hantu je), hilang pulak 4 negeri lagi & Wilayah Persekutuan.

Oh ye, ramai yang happy Nurul Izzah menang! YEAY!

Nurul izzah yg 'pakej' -cantik, pandai, muda, berkarisma

Saturday, March 8, 2008

a SuPerB dinner!

Untuk dinner hari ni, kitorang ade special guest dtg dr dapur mama.. kenalkan... ini dia tetamu istimewa kita...... welcome cik lasagna! selamat menjamu kami! hahahaha


hehe..bes btul tiap2 hari ade makanan sodap! Thanx mak!
seperti biase, jom blaja buat lasagna mama yg simple je...

1. Masak macaroni
2. Masak ayam+button mushroom+butter+bawang+telur+pepper
3. Gaulkan dgn macaroni
4. Masukkan adunan dlm baking tray
5. Tabur cheese atas die
6. Masukkan dlm oven


Dah siap masak!!! bole dimakan beramai2! gambar kat bawah ni si sulung ngan si bongsu (ye alak..bongsu..haha) sedang menikmati lasagna.


Tak sampai 10 minit.....


Tapi jangan risau... kite ade lagi 1 tray lagi yang da siap! and ade lagi 1 dlm oven tgh di bake!


p/s: adik2ku yang tidak berada dirumah..diharap bersabar...hihihi

Friday, March 7, 2008

MaMa's Donuts - the making

Latest kuih released by Mama's kitchen !



JOM buat donut!
1. Sediakan dough donut (uswah xtgk la pulak cara sediakan dough ni). Biarkan kembang
2. Uli balik dough yang kembang itu
3. Buat bentuk donut kecik2
4. Susun atas pinggan yang dah disapu minyak masak (supaye donut tak melekat kat dulang)


5. Bole buat bentuk2 lain seperti bentuk tocang (tgk dlm dulang 1st)
6. Blender gula kasar sampai halus kalo takde gula halus
7. Panaskan minyak & tunggu donut kembang
8. Goreng donut yg telah kembang!


9. Kuarkan donut yg dah masak
10. Letak gula dlm mangkuk & ratakan gula kat donut yg masih panas
11. Sementara itu bole goreng donut2 yang lain jugak
12. susun donut atas pinggan



Donuts 1st batch


MAKANNNNN!!

Eater's reviews:
1. Donut sgt lembut & sedap dimakan panas2
2. Baca doa sebelum makan supaya lebih berkat & tak dimakan same2 ngan syaitan.. hahaha
3. donut's restricted pada org yg ade kat umah aje.. hahahahah (munah sanah jgn jeles!)

LULUS!

Assalamualaikum wbt,

Dengan ini diumumkan bahawa cik Uswah Binti Khairuddin telah lulus dengan jayanya didalam ujian memandu kereta yang berlansung semalam, khamis, 6hb Mac 2008.

Bahan bukti

Beliau telah mencatat rekod yang amat membanggakan kerana telah lulus dengan sekali ujian sahaja walaupun telah banyak kali termati enjin kete. Walaupun akak JPJ itu begitu garang sekali, namun hatinya amat baik untuk memeberikan kelulusan kerana tersentuh dengan pemandu yang akan beristighfar setiap kali enjin kete mati. Akak JPJ itu amat memahami bahawa pemandu adalah agak gabra dihari ujian.

Cik Uswah akan dianugerahkan lesen P yang boleh digunakan selama dua tahun berkuatkuasa mulai minggu hadapan.

Terima kasih diucapkan kepada cikgu-cikgu sekolah memandu yang bertungkus lumus membebel dan memarahi agar anak-anak muridnya cemerlang dalam pemanduan berhemah.

Sekian.

Wednesday, March 5, 2008

random pics

A proud parents of 1 ......err... 11


Si anak bungsu


Hanaa tgh concentrate melukis
(kat tepi die almari abah yg die conteng)


Hanaa nak mencapai lipstik mama
*Rutin harian - sepahkan bilik abah, menconteng & mekap*


Tuesday, March 4, 2008

Karipap tersedap!!!

Warning: kepade hasanah & maimunah, post ini akan sgt membuatkan korang jeles.. jadi sile bertenang...

Oleh sebab dah ade bibik, mama dah boleh allocate masa untuk membuat kuih. So, semalam + hari ni. mama dgn rajinnye telah membuat karipap. FYI, karipap buatan mama adelah yang paling sedap didunia!

Bahan/barang untuk buat karipap:
1. dough karipap
2. inti karipap - daging+potato+carrot+serbuk kari+rempah2
3. rolling pin


Cara-cara buat karipap:
1. Bulatkan dough kecik sampai jadi bulat
2. Leperkan & gelek pakai rolling pin
3. Masukkan inti dlm kulit karipap
4. Kelim tepi karipap dgn kemas + cantik


Masak karipap pulak:
1. Panaskan minyak
2. Masukkan banyak2 karipap dlm kuali sampai penuh
3. Goreng selama 7-10 minit...sampai karipap masak
4. Siap masak!


nak makan pulak:
1. susun dlm pinggan supaya nampak kemas + berselera untuk dimakan
2. MAKAN!!!

Sunday, March 2, 2008

Jom lawan sape type paling laju!

Uswah tere! hehe

52 words

Speedtest

Kekejaman Dunia - Mirwana .. lagu lama yg baru

kepade sume umat manusie..silela dengo nasyid zaman dulu yg bes ni! tapi ni version baru punye.. hehe..bes bes.. tunggu le lagu ni siap upload kat kanan tu ye..


Kekejaman Dunia
by Mirwana

Apa sudah terjadi pada dunia
kekejaman ada di mana sahaja
bilakah akan berakhir segalanya

Renungilah dunia kita
kekejaman ada dimana sahaja
hentikan segera segala-galanya

Kehidupan penuh sengketa
kerana kejahilan penghuni dunia
rakyat merana, rakyat tersiksa
kerana kezaliman
insan yang tak kenal erti kemanusiaan

Moral manusia telah luntur
fitrahnya pula semakin pudar
kerna hawa nafsu dan hasutan syaitan

Kita mampu merubah segalanya
jika dihati kita bersungguh
penuh kesabaran jua mujahadah

Oh Tuhan, bantulah kami
berilah kekuatan, tabahkan hati ini
azabmu digeruni, siksamu ditakuti
bimbinglah kami
agar dapat menghindari, azab yg menanti

Ya Rahman, berilah hidayah
kepada semua penghuni dunia


p/s: tabah sungguh mendengar lagu sambil type lirik.. hahahaha