Anak-anak mama yang pandai masak cuma yang belajar kat oversea - Hasanah (Mesir), Maimunah (Australia), Ahmad (Jordan). Mereka-mereka ini terpaksa belajar masak sebab dok negara orang. Kalau belajar kat Malaysia, jadi macam saya lahhh jawabya.
Saya 1st time masak masa masih belajar di UIA. Time tu balik JB, mama migrain, bibik takda. Then abah kata "uswah masak lah harini. Abah dah beli ayam ada dalam freezer"... pehhh... ngeri betul dengar ayat tu! Mula-mula ingatkan main-main. Rupenye serius kena masak!. saya pun ape lagi, terus call besfren kat KL - Sarah. Dulu penah tengok sarah masak ayam oyster time tido rumah dia. Jadi tanya sarah camne nak masak ayam oyster. Dialah yang mengguide saya sampai siap masak. Part siang ayam tu memang main hentam je la. Ingat-ingat lupe macammana mama siang ayam. Alhamdulillah masakan pertama menjadi! yeay.
Kali kedua masak pulak, abah suruh masak ikan kembung goreng (ikan goreng je pun!!!). Oleh kerana tak pernah siang (or sentuh) ikan mentah, saya main potong je dan buang isi-isi ikan. Tak tau bezakan perut ke ape. Last-last siap menyiang ikan dan goreng. Tapi ikan tu kurus sangat isik dah banyak kena buang T_T
Lepas tu kalau mama suruh masak, memang ayam oyster jelah memanjang. Tak penah nak try lauk lain. Tapi sekali dua je pun kena masak.
Memang fail la bab masak-masak nih. Tapi kalau buat kek ke, kuih ke, insyaAllah menjadik.
Time nak kawin, saya dah bitau zayd siap-siap yang saya ni tak reti masak. Dia kata no hal boleh try. Lepas kawin, dah kemas rumah baru, dah lengkap dapur, saya pun teringinlah nak masak untuk hasben buat kali pertama. Zayd punye excited saya nak masak, siap panggil kakak & abang ipar dia join dinner.
Oleh sebab takut lauk tak menjadi, saya decide nak masak ayam goreng kfc dengan sayur goreng (JE!!!). Tapi, nak masak sikit punya lama. Ambil masa 2 jam jugak lah. Dok menyiang ayam, potong sayur-sayur, pastu time goreng ayam tu, agak nervous sampai terlanggar kuali lalu tetumpahlah segala minyak panas kelantai dapur. Terpaksa stop masak kejap, basuh dapur, mop lantai semua, then baru sambung goreng ayam. Goreng ayam pun 7 ketul je (sorang 2 ayam, tapi saya 1 ketul je sebab ayam dada banyak isi). Walaupun huru-hara time persiapan, agak bangga jugak sebab berjaya jemput orang datang makan kat rumah. huhu
Selepas kejadian pertama, saya pun selalulah masak tapi yang memang simple-simple dan senang je la. sikit-skit spageti goreng, ayam oyster, udang sambal, sotong sambal.
Time zayd kena pergi sweden almost sebulan, time ni dah ada ikram (dah 2 tahun kawin). Saya pun konon-konon nak buat surprise masak best best feveret food zayd. Dengan gigihnya belajar resepi dendeng kambing dari makcik + resepi mak zayd. Resepi ni sangat leceh nak buat dia.. tapi demi zayd kugagahkan juga try masak. Alhamdulillah menjadi.
Sejak daripada saat ini, selalulah juga try masak benda-benda lain yang tak terlalu simple dan senang. Memang baby steps btul laaa nak belajar masak nih. Dah bape tahun kawin baru nak reti.
Bila cerita kat mak zayd, dia boleh kata "kalau ummi tau la uswah tak reti masak, ummi tangguhkan korang kawin setahun lagi!" hahaha.. sebaik dah kawin baru bagitau ;p

















